Thursday, September 15, 2011

Sharung is Caring - Memadamkan Api Fitnah




Fitnah bukan perkara biasa, bahkan perkara yang amat berbahaya. Dan bukan semua orang mampu menanganinya dengan baik serta bijak sehingga wajar kita serahkan kepada mereka yang berilmu dan berkelayakan. Kadang-kadang keadaan menjadi luar kawalan dan fitnah kian merebak di sekeliling kita.

Berikut ini beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk meredakan api fitnah. Agar masalah tidak membesar tak terkawal serta berlarut tanpa penyelesaian yang pasti.


Diam

Biasanya pada saat tersebarnya api fitnah setiap orang ingin ikut bersuara. Banyak yang mengemukakan pendapat, berteori dan berkomentar. Akibatnya bukan api fitnah mereda malahan seringkali jadi bertambah besar.

Kerana lidah itu ibarat kayu api fitnah. Semakin banyak berbicara, semakin banyak kayu yang kita longgokkan, maka api fitnah akan semakin membesar. Kerana itulah bila timbul satu fitnah disarankan agar semua orang berdiam.


Tidak membicarakannya, tidak berteori dan tidak berkomentar.

Jangan pula kita berprasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong pembicaraan walaupun itu benar.


Bergaul dan berinteraksi seperti biasa.

Sewajarnya masyarakat teruskan berinteraksi seperti biasa seolah tidak terjadi apa-apa. Ini mungkin sukar tetapi harus kita lakukan agar api fitnah tidak semakin menjalar dan tersebar.

Tujuannya adalah agar ketertiban dan keamanan tetap terjaga dan terkawal. Juga agar masalah tidak jadi semakin besar serta tidak merebak luas.

Tanpa kawalan masalah akan jadi lebih rumit dan melibatkan banyak pihak. Persoalan semakin kusut dan proses penyelesaiannya akan semakin lambat.


Orang-orang yang Berakal Mendamaikan

Tugas yang paling sesuai diselesaikan oleh golongan berilmu serta beraqal. Untuk meredakan suasana dan menghuraikan masalah.

Langkah pertama adalah mendamaikan pihak-pihak terbabit. Apabila semua pihak saling memaafkan, merungkai persoalan bukan lagi perkara sulit.

Tentu ini adalah jalan tengah untuk mengendurkan ketegangan. Kerana masalah yang bertimpa-timpa menambahkan keadaan dan suasana serabut.

Tidak Mengungkit Permasalahan

Apabila masalah ini telah selesai dan berlalu, maka janganlah diungkit kembali. Tak perlu di ulang bicara lagi. Biarlah fitnah itu terkubur seiring berlalunya waktu.

Mengungkit persoalan lama seringkali  akan menimbulkan permasalahan baru. Kerana hidup adalah rangkaian peristiwa. Mengorek masalah lama akan menimbulkan masalah baru. Dan fitnah semakin bermaharaja lela.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan pengajaran.....




Sharing is Caring - Air Mata Nabi Adam


Assalamualaikum w.b.t...

Sajer jer nak share ngan kengkawan sumer kisah Nabi....agar ianya menjadi iktibar dan pengajaran buat semua....Insyaallah...

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat dari tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah S.W.T.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari ari mata Nabi Adam itu Allah S.W.T tumbuhkan pohon kayu manis dan pohon cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, " Sedap sungguh air ini. "

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah S.W.T. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah S.W.T telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, " Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu itu. "

Apa Yang Akan Ditanya?? 

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah S.W.T. akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, " Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ? "

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

" Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi...

Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
" Huraisy pun menjawab, " Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak. "

Sampaikan kepada sekelian muslimin / muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah...

So....sebab tu lah Shaz try to share ngan kengkawan...orang kata sharing is caring...


Friday, September 9, 2011

Andainya Lelaki Tahu... Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Andainya Lelaki  Tahu... Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk teus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang... tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan jarang mengatakan 'I Love You", itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkanyya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerna dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andainya Lelaki Tahu... Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andainya Lelaki Tahu... Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.


After 7th month...huhuhuhu

Salam Lebaran.....Selamat Hari Raya....


Huhuhu...banyak tul perkara yang berlaku sepanjang 7 bulan yang aku tak hupdate blog nie...hehehe....ada suka n duka...memacam lah...nantilah aku hupdate sesikit sekadar termampu kay....biasalah kebusyan yang melampau n melantun lantun dah nie....yo yo jer aku nie... kuikuikui...


Nantilah kemunculan entry aku nanti kay...tak tau lah biler plaks aku nak merapu lagiks nie...heheheh....adios amigos

Tuesday, February 15, 2011

BBQ n Blackpaper!!! Saper nak???

Mari-mari...saper nak??? Hehehehe...bukan nak menggoda... Cuma nak berniaga... kekeke... Okay sesape yang teringin nak buat BBQ pastu malas nak memerap ayam or kambing tu korang lehlah order jerk at aku... hehehe..bukan aku yang buat...kawan aku yang buat...dia nie pakar bab-bab benda nie... dgn sos-sos nyer skali n memang mantop meletops.... so disini...adalah skit pic kambing yang dah siap tu... tinggal bakar jer.... so selamat menatap pic daging kambing nie ye...


Nie lah pic yang mampu aku upload... Maaf kualiti gambar kurang memuaskan

Tu jer lah pic yang ada... so far market sangat memuaskan pasal jual kat ofis2 jer tau... sbb kekadang kan sesapa yang suri rumah tu dok terfikir2 aper lah nak masak hari nie... so nie leh gak dijadikan sebagai salah satu sajian anda kat umah... kalau nak simpan pastu weekend baru terasa nak makan pun leh gaks... Goreng pun leh jer tak payah nak panggang-panggang... Nyum...nyummm..lapar plak rasa dah nie....

All about love

CINTA.......

Dapat mengubah debu beralih emas,
Keruh menjadi bening,
Sakit menjadi sembuh,
Derita menjadi nikmat,
Dan kemarahan menjadi rahmat........

Hehehehe...mesti korang tertanya-tanya kan knaper lah ngan aku nie...dahlah dah lama sesangat tak update blog aku nie sampai bak kata Pn Dell...update lah blog dah bersawang.... Kekekeke....

Bukan taknak update tapi ntahlah...lepas keta accident hari tu macam-macam lagi dugaan yang dating yang buat aku rasa macam dah taknak hidup lagi dalam dunia nie.... Dengan sakitnyer... dengan hal-hal lainnya...macam2 lagilah...tension n preasure..... Knaper lah aku leh tak perasan memula tapi akhirnya.... Tuhan tu bukak gak pintu hati aku untuk sajer2 pergi bertanya pasal keadaan aku... Hmmm akhirnya.... Aku dah tau lah knaper aku jadi macam nie....

Takpe...bak kata ustaz tu... memang benda-benda macam nie Tuhan izinkan... tapi biasalah... adalah balasannya bila dunia dah akhir zaman nie... Hmm aku redha.... aku terima apa saja yang berlaku... Mungkin ini dugaan buat aku.... Alhamdulillah.. aku cepat sedar walaupun dah lebih 3 tahun sebenarnya benda nie bersarang dan dah sebati ngan aku...

Masa tgh lepak2 kat umah cuti Maulidur Rasul nie akak sebelah umah kasi kad kawin kawan umah yang penah dok ngan aku dulu.... Dah nak kawin dah budak nie.... Hmmm jodoh dah sampai la....
Dalam pada dok belek-belek kad kawin dia tu yang ada statement pasal cinta kat atas tu... n tersentuh plak aku nak mencoretkan kat blog aku nie.... Tapi ada lagi satu yang betul-betul buat aku rasa Yes!!!... That’s right.... Pasal ianya bab kesempurnaan... Ye aku tak sempurna...tp bukan semua orang dalam dunia nie sempurna.... Cuma apa yang aku tahu.. Kawin nie we complete each other...
Bukan b4 kawin dah blame memacam... macamana nak kawin kan macam tu... Okay..cuba korang tgk dan renung2kan ayat2 dalam kad nie.....

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar,
dan
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasullullah (S.A.W),
Bimbinglah dirinya,
dan
Terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
dan
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya,
Tetaplah berdoa pada Tuhan,
Agar dia akan menjadi milikmu....

Tersentuh n terfeeling plaks aku baca ayat tu... hmmm aku cuba untuk menjadi sesempurna mungkin... Cuba untuk memberikan yang terbaik.... Okaylah.... kang banyak lagi tulis kang meleleh plak air mata aku nie....hehehehe...memang aku betul2 tersentuh ngan ayat2 kat atas tu....

Salam Maulidur Rasul buat semua.... Perbanyakkan selawat pada junjungan besar kita Nabi Muhammad (S.A.W) insyaAllah....besar rahmatnya dari Allah (S.W.T)... selamat beramal...